Haaland Tak Terkejut Boleh Sumbat Gol
Dunia
MakanBola
sporting news
Advertisements

Pemain baharu Manchester City, Erling Haaland berjaya meledak gol tunggal dalam aksi persahabatan menentang Bayern Munich semalam.

Dalam perlawanan tersebut Haaland diturunkan dalam kesebelasan utama sebelum meledak pada minit ke-12. Gol tersebut terhasil daripada umpanan Jack Grealish yang disudahkan dengan baik oleh Haaland sekaligus ianya merupakan gol pertama pemain antarabangsa Norway itu bersama Manchester City.

Advertisements

Haaland ketika ditemui selepas perlawanan berkata bahawa beliau tidak terkejut dapat menjaringkan gol kerana beliau sudah lama menonton corak permainan Manchester City sejak beberapa tahun lepas.

“Ia adalah perasaan yang sangat baik untuk memulakan perlawanan selepas enam minggu tanpa bola sepak,” kata Haaland, yang telah diketepikan daripada perlawanan jelajah pembukaan menentang Club America bagi membina semula kecergasannya.

Advertisements

“Saya telah menonton banyak perlawanan City sejak beberapa tahun lalu dan mereka beraksi tanpa penyerang jadi, sudah tentu, saya telah melihat diri saya dalam situasi ini. Saya tidak terkejut saya mampu menjaringkan gol (menentang Bayern).

“Ia bagus apabila kali pertama menang menentang Bayern selepas tujuh kekalahan berturut-turut sebelum ini. Ia adalah ujian sebenar sebelum menentang Liverpool pada minggu hadapan,” luah Haaland kepada Mirror.

Advertisements

Manchester City akan menentang Liverpool pada 31 Julai dalam aksi Piala Perisai Komuniti yang akan dilangsungkan di Stadium King Power.