Habib Haroon: Kami Teruja Berdepan JDT
Piala Malaysia
Terengganu FC
Advertisements

Pemain tonggak Terengganu FC, Habib Haroon berkongsi perasaan teruja pasukannya untuk turun beraksi menentang Johor Darul Ta’zim di perlawanan akhir Piala Malaysia 2023.

Beliau juga berkata, pemain-pemain Terengganu FC berada dalam keadaan yang baik dan gembira untuk berada di pentas final ditambah pula menentang juara bertahan edisi lalu.

“Bagi semua pemain, mereka merasa gembira kerana mereka bercakap tentang perlawanan ini sejak 24 jam lepas, mereka amat gembira,” kata pemain berusia 23 tahun itu.

Advertisements

Berkenaan tekanan yang dihadapi oleh skuad Sang Penyu apabila menjejakkan kaki di perlawanan akhir, beliau menjawab ianya perkara biasa lebih-lebih lagi menentang pasukan hebat seperti JDT yang sudah semestinya tidak mudah bagi mereka.

“Tekanan pasti ada kerana bermain menentang pasukan terbaik di Malaysia. Jadi, anda tahu ini bukan mudah,” ujarnya ketika sidang media pra perlawanan pada Khamis.

Advertisements

Beliau juga menyifatkan perlawanan akhir tersebut bersifat 50-50 dan apa-apa sahaja boleh berlaku di atas padang dan sudah semestinya kemenangan merupakan matlamat utama mereka sepasukan.

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 menyaksikan juara musim lalu, Johor Darul Ta’zim akan menentang jaguh pantai timur, Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat, 8 Disember dengan sepak mula bermula jam sembilan malam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram