Hadi Fayyadh Tak Putus Asa, Akan Ambil Penalti Lagi
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang skuad B-23 negara, Hadi Fayyadh menyatakan bahawa pemain yang hebat pun ada yang tidak berjaya mendapatkan gol ketika penalti. Bagi beliau gol atau tidak gol semuanya telah ditakdirkan dan haruslah terima dengan hati yang tenang.

Hadi meluahkan rasa syukur dan gembira kerana pasukan B-23 telah sampi ke separuh akhir dan ia pencapaian yang lebih baik daripada sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau dan rakan seperjuangan sudah membuktikan kegigihan mereka pada perlawanan itu dan yakin mereka akan bangkit pada masa depan.

Advertisements

“Bagi saya penalti adalah 50-50, pemain hebat pun ada yang tidak berjaya menjaringkan penalti, saya dan Luqman dah cuba sebaik mungkin tapi tuah tidak menyebelahi kita,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyatakan selepas ini sekiranya diberi peluang beliau mahu jadi orang yang pertama mengambil penalti. Hadi juga mengakui masih banyak yang perlu beliau perbaiki untuk menjaringkan lebih banyak gol pada kejohanan seterusnya.

“Selepas ini kalau ada penalti lagi saya mahu jadi orang pertama yang mengambil sepakan kerana saya seorang penyerang, sudah tentu saya dahagakan gol.”

Advertisements

“Secara keseluruhan, tiga gol dalam enam perlawanan adalah satu pencapaian baik buat saya tetapi saya mahukan lebih lagi selepas ini.” katanya kepada Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram