Hadi Fayyadh Tepis Tanggapan Perkelanaan Ke Jepun Satu Kegagalan
Dunia
Perak Football Club
Advertisements

Penyerang muda, Hadi Fayyadh Abd Razak yang menyertai Perak baru-baru ini, tidak menganggap perkelanaannya ke Jepun selama beberapa tahun sebelum ini, sebagai satu kegagalan.

Hadi Fayyadh dilabel gagal, kerana sepanjang bermain di negara matahari terbit itu bermula 2019, dia tidak lebih daripada sekadar ‘penumpang’ di dalam skuad Fagiano Okayama (Liga J2) dan Azul Claro Numazu (J3).

Dia tidak beraksi langsung bersama Fagiano Okayama manakala hanya membuat penampilan yang boleh dibilang dengan jari bersama Azul Crul Nomazo. Ia pastinya statistik mengecewakan mengambil kira dia berada di Jepun selama empat tahun.

Advertisements

Penyerang berusia 22 tahun itu bagaimanapun beranggapan walaupun tidak berjaya untuk beroleh minit permainan, dia pulang dengan pengalaman berguna dan sebagai seorang pemain yang jauh lebih baik.

“Bagi saya, orang tidak tahu apa yang saya lalui di sana (Jepun) dan apa yang mereka nampak adalah hanya 1 peratus sahaja.

“Untuk berada di sebuah negara orang tidak mudah tetapi saya tahu saya telah melakukan yang terbaik selepas empat tahun dan saya percaya rezeki ada di mana-mana.

Advertisements

“Sebab itu saya harap tahun ini akan menjadi yang terbaik untuk saya membuktikan sesuatu tetapi sudah tentu ianya akan mengambil masa, namun saya percaya dengan suasana dan bimbingan di sini, saya boleh melakukannya”, kata Hadi Fayyadh.

Dia yakin telah membuat keputusan tepat untuk kembali bermain di Liga Malaysia, dan menyasarkan mahu mencipta impak bersama Perak seterusnya memulihkan semula karier.

“Saya percaya rezeki ada di mana-mana dan saya nampak kesungguhan Perak yang inginkan khidmat saya selain yang turut memberi harapan kepada saya adalah jurulatih Lim Teong Kim yang membuatkan saya rasa dihargai.

Advertisements

“Peluang tidak akan datang selalu dan sekarang inilah peluang untuk saya kembali ke Malaysia dan bermain dengan Perak, cuma memang akan ambil masa juga sebab saya dah lama di Jepun, tetapi saya percaya dengan barisan kejurulatihan di Perak dapat bantu saya melakukan lebih baik musim ini.

“Sudah tentu sasaran saya adalah untuk menjaringkan gol dan ingin menjadi penyerang terbaik tetapi macam saya cakap, semuanya perlukan masa untuk menyesuaikan diri dan saya juga kena menunjukkan contoh yang baik kepada pasukan serta juga rakan-rakan lain”, tambahnya.

Sebagai rekod, Perak adalah pasukan Liga Malaysia kedua diwakili Hadi Fayyadh selepas JDT pada 2017.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram