Hadi Fayyadh Yakin Bakal Tundukkan Korea Selatan
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang muda pasukan bawah 23 tahun negara, Hadi Fayyadh menyatakan bahawa beliau yakin akan tewaskan juara bertahan Korea Selatan dalam kempen di Uzbekistan di Stadium Lokomotiv, Khamis ini.

Menurut beliau, rezeki ini luas, bukan bermaksud gagal hari ini ia akan gagal selamanya, yang penting pasukan sudah bertungkus lumus mempamerkan corak permainan yang terbaik buat negara.

Dalam pada itu, Hadi turut meluahkan rasa gembira kerana setiap pemain telah membuktikan kemampuan mereka untuk membantu skuad dan menganggap tiada apa yang mustahil untuk Malaysia mencuri mata penuh selepas membuat persediaan yang rapi buat pasukan.

Advertisements

“Kalau gagal hari ini tidak semestinya akan gagal selama-lamanya, rezeki akan datang jua dan ada di mana-mana sahaja, mungkin Sukan SEA bukan rezeki kami dan kami sudah cuba sedaya upaya cuma tidak dapat keputusan yang memuaskan,”

“Saya tetap gembira sebab semua pemain semua telah tunjukkan persembahan yang sangat bagus, kami bermain menyerang dan tiada apa yang mustahil dalam bola sepak, kami akan langgar sahaja dan semua pemain sudah sematkan pemikiran seperti itu.

“Kami perlu berikan 120 peratus usaha, Korea Selatan antara sebuah pasukan yang kuat tapi tiada apa mustahil, kami akan lakukan terbaik dan saya yakin kami akan dapatkan positif,” katanya kepada Stadium Astro.

Advertisements

Pasukan Malaysia B-23 diletakkan dalam kumpulan C Piala Asia B-23 bersama-sama juara bertahan, Korea Selatan dan dua gergasi Asia Tenggara iaitu Thailand dan Vietnam.

Pasukan negara bakal memulakan kempen dengan menentang Korea Selatan pada 2 Jun, diikuti Thailand (5 Jun) dan Vietnam (8 Jun). Dua pasukan di tempat teratas akan mara ke pusingan suku akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram