Hadin Azman Bongkar Sasaran KL City Di Piala AFC
Dunia
klcityfootball
Advertisements

Pemain sayap KL City FC, Hadin Azman optimis dengan barisan pemain The City Boys musim ini mampu pacu KL City pergi ke peringkat akhir Piala AFC.

Pemain berusia 27 tahun ini yakin akan kekuatan pasukan KL City untuk memberi saingan yang hebat musim ini.

“Pasukan KL nak pergi sejauh yang boleh. Kalau boleh nak sampai ke Final lah sebab Piala AFC ni bagi saya pasukan KL City ni mampu pergi jauh.”

Advertisements

Musim ini KL City bakal berwajah baru kerana adanya penambahan pemain baharu dan pemain muda bagi musim kali ini, jelas Hadin.

Hadin dalam pada itu yakin dengan kredibiliti yang ada pada barisan pemain muda KL City yang menunjukkan perkara yang positif dari segi chemistry dalam permainan.

“Pasukan tahun ni, penambahan player baru ada chemistry yang baik. Kita tambah banyak budak muda dan diorang pun boleh get along dengan kita,”

Advertisements

“So insyaAllah tahun ni, awak akan jumpa KL yang barulah.” Kata Hadin dalam temubual bersama ‘Harimau Malaya’ di Youtube.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram