Hafizal Hamad: Ahli Politik Ni Takkanlah Tiket RM40 Tak Boleh Beli
Dunia
Astro Arena
Advertisements

Menjelang aksi kedua pasukan Malaysia dalam kempen kelayakan Piala Asia 2023 menentang Bahrain malam ini, ada berita kurang enak yang didengari.

Penyampai sukan Astro Arena, Hafizal Hamad mendedahkan bahawa terdapat ahli politik yang menghubungi beliau untuk mendapatkan tiket percuma. Bukan satu tiket tetapi lima tiket yang diminta. Sedangkan Hafizal sendiri beli tiket untuk anak saudaranya yang mahu hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan.

Ianya menjadi sesuatu yang aneh apabila seorang ahli politik yang kita sendiri tahu mempunyai pendapatan yang tinggi tetapi tidak mahu berkorban mengeluarkan RM40 untuk membeli sekeping tiket. Jika lima keping, jumlahnya hanya RM200 yang dirasakan mampu dibeli oleh seorang yang bernama ahli politik.

Advertisements

Melihat dari segi komen-komen pengikut Hafizal di laman twitter milik beliau, rata-rata mereka menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dengan perkara ini dan mencadangkan ahli politik itu hanya menonton dari rumah jika mahu siaran percuma tanpa tiket.

Perkara begini tidak seharusnya berlaku dalam dunia bola sepak tanah air. Lebih-lebih lagi melibatkan negara kita yang tercinta. Tiket yang dibeli itu tanda pengorbanan kita sebagai rakyat Malaysia demi menyokong pasukan Harimau Malaya yang mahu mencipta sejarah layak ke Piala Asia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram