Hafizal Hamad ‘Gaduh Manja’ Dengan Jurulatih India
Hiburan
Astro Arena & Hafizal Hamad
Advertisements

Hos terkenal Astro Arena, Hafizal Hamad dirakam terlibat dalam pergaduhan ‘manja’ bersama jurulatih kecergasan pasukan kebangsaan India bagi aksi di Bukit Jalil semalam.

Pasukan kendalian Kim Pan-gon berjaya mencatat kemenangan mudah 4-2 di hadapan 50,000 orang penyokong untuk melayakkan diri ke final Pestabola Merdeka.

Terdapat beberapa keputusan perlawanan yang dipersoal oleh kedua-dua pasukan termasuklah keputusan untuk memberikan sepakan penalti buat tuan rumah.

Advertisements

Keadaan ini bermula apabila penyerang kebangsaan, Darren Lok menerima cabaran daripada lawan yang bertindak untuk menolaknya dari belakang.

Situasi yang terjadi ini menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dalam kelangan barisan kejurulatihan India tentang keputusan tersebut.

Advertisements

Antara yang mencuri tumpuan ialah hos pada perlawanan itu, Hafizal yang sempat berbincang pantas dengan jurulatih kecergasan India.

Jurulatih tersebut mempersoal keputusan untuk menghadiahkan sepakan penalti kerana kekasaran lembut oleh pemain India.

Advertisements

“Jurulatih tersebut menyatakan ia bukan sepakan penalti.”

“Beliau berkata kepada saya bahawa saya tidak tahu apa-apa tentang bola sepak. Itu bukan penalti.Saya membalas bahawa itu memang jelas penalti.”

Advertisements

Beliau juga dengan yakin menyatakan bahawa penjaga gol India bakal menyelamatkan sepakan tersebut namun sangkaannya meleset setelah Arif Aiman mudah menyempurnakan sepakan tersebut.

Individu yang mesra disapa Paklong itu menutup perdebatan ringkas tersebut dengan satu tarian ‘khas’ untuk meraikan gol tersebut.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia memperoleh 6.04 tambahan mata FIFA untuk melintas kedudukan Filipina selepas 12 tahun.

Instagram: PakLong bertengkar manja.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram