Advertisements
Hafizh Syahrin: Terima Kasih TMJ, Tanpa Anda Saya Tiada Di Sini
UltraSukan
UltraSukan
JDT Racing Team

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui merasa gembira kerana dapat merealisasikan impian podium sulung pasukan dalam saingan Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024.

Advertisement

Impian ini tidak akan jadi kenyataan tanpa sumbangan besar Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Atas sebab itu, Hafizh berterima kasih kepada baginda kerana sudi memilihnya sebagai wakil JDT Racing Team dalam saingan ARRC 2024.

Advertisement

“Saya dinasihatkan untuk memberi saingan kerana perlumbaan ini sangat sukar. Kita bernasib baik perlumbaan berakhir pada pusingan terakhir.

“Jika perlumbaan disambung lagi sebanyak satu pusingan, saya mungkin kehilangan tempat. Saya pecut dari awal perlumbaan kerana tidak mempunyai masa yang banyak untuk mencuba jentera ini.

Advertisement

“Saya berterima kasih kepada DYAM Tuanku, TMJ (Tunku Mahkota Johor) yang juga bos saya. Tanpa anda, saya tidak akan berada di sini. Anda berikan saya perlumbaan terbaik dalam kehidupan saya.

Advertisement

“Ini hanya permulaan kepada projek kami untuk membawa impian besar JDT ke pentas dunia,” katanya dalam satu temubual selepas perlumbaan yang dikongsikan akaun TikTok Waq Lyn JDT.

Kejayaan podium semalam dijangka merangsang semangat Hafizh dan JDT Racing Team untuk pusingan kedua ARRC 2024 di Zhuhai, China pada 19-21 April ini.

Advertisement