Ads
Hafizh Syahrin Terlepas Podium Di Sepang
UltraSukan
JDT Racing Team

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah terlepas peluang menambah podium perlumbaan satu Asian Superbike 1000 (ASB1000) Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024.

Advertisements

Ini selepas pelumba berusia 30 tahun itu sekadar menamatkan perlumbaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di tempat kelima.

Advertisements

Selepas meraih kedudukan podium dalam perlumbaan kedua di Mandalika, Indonesia pada Julai lalu, Hafizh berharap dapat meraih kemenangan di hadapan peminat sukan negara.

Advertisements
Advertisements

Dan beliau dilihat memberi amaran kepada para pencabarnya dalam sesi kelayakan. Hafizh meraih kedudukan pertama dengan catatan masa 2:05:224.

Dua pencabarnya dari Jepun, Sho Nishimura dan Yuki Kunii masing-masing mencipta catatan masa 2:05:300 dan 2:06:092.

Advertisements

Sebaik perlumbaan bermula, Hafizh pada awalnya mendahului perlumbaan. Walau bagaimanapun, sedikit jurang yang wujud antara beliau dan Kunii pantas dimanfaatkan pelumba Jepun itu untuk menerajui perlumbaan.

Sedikit kesilapan yang dilakukan Hafizh menyebabkan beliau jatuh ke tempat ketiga. Posisi ini pantas direbut seorang lagi pelumba negara dari TKKR BMW Racing Team, Azlan Shah Kamaruzaman.

Hafizh sekali lagi kecewa apabila beliau dipintas pelumba Honda Asia-Dream Racing Team dari Thailand, Nakarin Atiratphuvapat. Keadaan ini menyebabkan beliau berada di kedudukan keempat.

Melihat kedudukan Hafizh yang goyah, pendahulu kejuaraan ASB1000, Andi Farid Izdihar, Zaqhwan Zaidi dan Soichiro Nakamoto terus memberi tekanan kepada bekas pelumba MotoGP itu.

Tekanan demi tekanan akhirnya membolehkan Andi Farid memintasnya di kedudukan keempat. Hafizh kemudiannya berjaya mengejar sebelum merampas kembali tempat keempat.

Persaingan sengit dua pelumba yang merebut kejuaraan ASB1000 itu untuk tempat keempat berakhir dengan tempat keempat milik Andi Farid. Manakala Hafizh pula menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Kunii muncul juara perlumbaan satu ASB1000 selepas mengetepikan cabaran Azlan Shah. Manakala Nakarin pula terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ketiga.

Advertisements

Hafizh masih mempunyai peluang untuk memburu kemenangan di SIC dengan perlumbaan kedua ASB1000 bakal berlangsung pada 15 September.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram