Advertising
Hafizh Syarin Senaraikan 4 Pencabar Hebat Di ARRC
UltraSukan
Johor Southern Tigers

Menjelang aksi pusingan pertama Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024, Hafizh Syahrin Abdullah percaya beliau akan disaingi oleh empat pencabar hebat.

Perkara itu dinyatakan beliau dalam temubual dengan dua pembaca berita Nadi Arena, Dayang Zainatul Aqma dan Lily Hamzah di Astro Arena baru-baru ini.

Ad

Hafizh yang membawa cabaran JDT Racing Team melihat juara bertahan musim 2023, TKKR Team sebagai antara pencabarnya dalam ARRC 2024.

Ad

TKKR Team dilihat pasukan pilihan memandangkan juara bertahan kategori Asian Superbike 1000cc (ASB 1000), Markus Reiterberger menunggang untuk pasukan tersebut.

Kejayaan TKKR Team sebagai juara pada musim lepas turut dibantu pelumba veteran negara, Azlan Shah Kamaruzaman.

Ad

Selain pasukan tersebut, bekas pelumba MotoGP itu turut melihat Zaqhwan Zaidi (Honda) dan Kasma Daniel Kasmayudin berpotensi mencabarnya semasa perlumbaan.

Ad

“Juara bertahan tahun lepas iaitu TKKR (Team). Tak lupa juga penunggang lain seperti Zaqhwan Zaidi dari (pasukan) kilang Honda dan Kasma (Daniel Kasmayudin) dari Yamaha.

Ad

“Dan Azlan Shah (Kamaruzaman) dari TKKR. Saya tak sabar bersaing di atas litar kerana ini peluang untuk mengetahui kekuatan dan kekurangan mereka. Dalam hari perlumbaan itu, saya dapat mengawal keadaan bersaing di atas trek,” katanya.

JDT Racing Team bakal memulakan saingan ARRC 2024 dengan pusingan pertama kejohanan diadakan Litar Antarabangsa Chang pada 15-17 Mac ini.