Hafizul Tekad Rampas Semula Posisi No.1 Harimau Malaya
Dunia
Instagram-officialpenangfc
Advertisements

Bekas penjaga gol Perak, Hafizul Hakim menyatakan hasratnya untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan menjelang pusingan kelayakan Piala Asia 2023 pada bulan Jun akan datang.

Kali terakhir penjaga gol kelahiran Ipoh mewakili Harimau Malaya adalah pada tahun 2018. Beliau akui ianya bukan perkara yang mudah kerana terdapat ramai lagi penjaga gol yang terbaik di Malaysia ketika ini.

“Seperti pemain lain, saya juga berhasrat untuk kembali membuat penampilan bersama skuad Harimau Malaya musim ini di pentas antarabangsa selepas kali terakhir menyarung jersi kebangsaan lebih kurang empat tahun lalu.

Advertisements

“Saya akui bukan mudah memburu tempat dalam pasukan kebangsaan, justeru saya tiada pilihan lain melainkan perlu menyajikan persembahan terbaik bersama Penang FC musim ini.

“Selebihnya terpulang kepada ketua jurulatih, Pan Gon yang sudah pasti mahukan pemain terbaik menjelang pusingan kelayakan Piala Asia 2023 Jun nanti,” katanya.

Hafizul dalam pada itu berpendapat bahawa bukan tugas mudah baginya untuk bersaing merebut kesebelasan utama skuad Penang FC dengan adanya penjaga gol berbakat seperti Khatul Anuar dan Shafiq Afifi.

Advertisements

Penjaga gol berusia 28 tahun ini tekad mempamerkan aksi terbaik dalam sesi latihan serta aksi pra-musim. Beliau yakin kini semakin memahami corak latihan yang diterapkan oleh jurulatih Penang, Thomas Trucha.

“Dua lagi penjaga gol iaitu Khatul Anuar Md Jalil dan Shafiq Afifi Suhaimi masing-masing tidak kurang hebatnya.

“Bagaimanapun saya tekad untuk memperagakan aksi terbaik ketika sesi latihan ataupun perlawanan pemanas badan lebih-lebih lagi kini saya semakin serasi dengan corak latihan jurulatih, Tomas Trucha,” kata Hafizul kepada Harian Metro.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram