Hairuddin Omar Terbayang Satu Perkara Hadapi Skuad Terbaik JDT
MFL
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu FC ll, Hairuddin Omar hanya mampu memikirkan satu perkara berdepan cabaran Johor Darul Ta’zim (JDT) ll di Stadium Cheras.

Aksi yang berlangsung di gelanggang neutral ini menyaksikan kedua-dua pasukan bakal menurunkan kesebelasan terbaik.

Beliau bagaimanapun ootimis dengan persiapan pasukan sungguhpun merisaukan beberapa pemain utama yang kurang cergas menjelang aksi esok hari.

Advertisements

Mengulas lanjut, beliau dalam satu sesi sidang media hari ini mengakui sudah menjangkakan bahawa lawan akan menurunkan kesebelasan terbaik.

“Setakat ini persiapan pasukan berjalan lancar, cuma ada beberapa pemain seperti Ubaidullah dan Syahmai Zamri yang baru sahaja pulang dari Piala AFC.”

Advertisements

“Saya mendapat tahu bahawa ada beberapa pemain utama JDT di Liga Super akan diturunkan esok, namun ia bukan masalah buat kami kerana fokus hanya untuo persiapan pasukan Terengganu,” jelasnya kepada MakanBola.

Terengganu sudah pun menewaskan JDT dua kali dalam tiga perlawanan Piala MFL musim ini termasuklah kali terakhir dengan keputusan 2-1.

Advertisements

Hairuddin bagaimanapun tidak mahu rekod itu melekakan pasukannya namun berharap agar para pemain kekal memberikan fokus terbaik.

https://www.tiktok.com/@fariszukeiman/video/7299713135580056840?_t=8hElIRstZwX&_r=1
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram