Hajat Singapura Ke Piala Asia Tak Kesampaian
Dunia
fa singapore
Advertisements

Hajat pasukan Singapura untuk layak ke Piala Asia 2023 tidak kesampaian selepas tewas menentang Tajikistan dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan dengan keputusan 0-1.

Ini merupakan kekalahan kedua buat Singapura yang sebelum ini ditundukkan Kyrgyzstan dalam perlawanan pertama dengan keputusan 1-2.

Singapura kini berada di kedudukan ke-3 dalam kumpulan di belakang Tajikistan dan Krygyzstan manakala Myanmar berada tempat tercorot kumpulan F.

Advertisements

Jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya memuji barisan pemain yang sentiasa komited di atas padang meskipun akui kekuatan dua pasukan (Tajikistan dan Krygyzstan) yang jauh lebih tinggi rankingnya.

“Pemain kami telah menunjukkan bahawa kami boleh bersaing dengan pasukan yang mempunyai ranking lebih tinggi daripada kami,” kata Nishigaya dipetik dari laman rasmi Football Association Singapore(FAS).

Jurulatih berusia 49 tahun ini berasa kecewa kerana gagal membawa Singapura untuk layak kali ini dan beliau sedar telah mengecewakan penyokong Singapura pada masa yang sama.

Advertisements

“Sudah tentu, kami amat kecewa kerana tidak dapat melayakkan diri dan saya amat kesal kepada penyokong Singapura.

Singapura akan bertemu Myanmar bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan F pada 14 Jun ini, hari Selasa. Misi wajib menang untuk membawa pulang sekurang-kurangnya tiga mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram