Hak Penyiaran Kelab Liga Super 2023 Bakal Melebihi RM12 Juta
Dunia
Bernama
Advertisements

Kelab-kelab Liga Super boleh menghela nafas lega bila melihat dana penyiaran yang akan diterima mereka musim ini. Ini kerana hasil usaha MFL, nilai dana penyiaran yang diterima mereka bakal melebihi RM12 juta.

Menurut CEO MFL, Stuart Ramalingam, penambahan dana tersebut dapat dilakukan disebabkan peningkatan jumlah penajaan yang diterima badan pengelola liga itu musim ini.

Jika dibandingkan dengan musim lalu, kelab-kelab hanya menerima RM12 juta dengan dana diagih secara berperingkat.

Advertisements

“Pada musim lalu, pasukan Liga Super menerima RM500,000 manakala Liga Perdana pula membabitkan RM250,000.

“Faktor dana berkenaan agak berkurangan pada musim lalu adalah kerana dalam fasa pemulihan selepas mengharungi pandemik Covid-19.

“Pada musim ini, saya mengesahkan ada peningkatan jumlah pemberian dana terbabit kepada pasukan Liga M sekali gus dapat membantu mereka mengharungi saingan liga,” katanya.

Advertisements

Bagaimanapun, Stuart enggan mendedahkan secara terperinci jumlah sebenar wang penyiaran yang bakal diterima pasukan-pasukan Liga Super musim ini.

Beberapa tahun sebelumnya, pasukan Liga Super biasanya menerima geran tahunan berjumlah RM3 juta dengan pasukan Liga Perdana (RM1 juta).

Tetapi disebabkan situasi kewangan yang tidak menentu pada 2019, geran tahunan atau agihan dana penyiaran dipotong separuh. Kelab Liga Super hanya menerima RM1.5 juta dengan pasukan Liga Perdana (RM500,000).

Advertisements

Pandemik Covid-19 dan PKP mengakibatkan nilai dana yang diagihkan pada 2020 merosot lagi kepada RM1 juta (kelab Liga Super) dan RM500,000 (kelab Liga Perdana).

Dengan nilai wang yang banyak menanti kelab-kelab Liga Super, ramai penyokong berharap masalah kewangan yang membelenggu beberapa kelab musim lepas tidak berulang lagi musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram