Hamidin Anggap Sukar Piala AFF Berlangsung Dalam Kalendar FIFA
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Sejak Gianni Infantino menyatakan Piala AFF sepatutnya dimasukkan dalam kalendar antarabangsa FIFA, ia mengundang pelbagai reaksi berbeza. Bagi Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, beliau melihat peluang kejohanan itu dipertandingkan dalam kalendar badan induk bola sepak itu sebagai tipis.

Antara sebab ia sukar dijayakan ialah jumlah perlawanan kejohanan berprestij ASEAN itu terlampau panjang. Ini sekaligus menyukarkan ia dimuatkan dalam kalendar antarabangsa FIFA yang sememangnya padat dengan pelbagai kejohanan antarabangsa lain.

Beliau yang juga Ahli Majlis FIFA berpandangan satu-satunya solusi kepada idea ini ialah meminta FIFA melanjutkan lagi tempoh kalendar antarabangsa. Bagaimanapun, Hamidin percaya jika itu berlaku, ia akan mengundang rasa tidak puas hati ahli-ahli FIFA lain.

Advertisements

“Kalendar Fifa bukan hanya Asean dan Malaysia saja, tapi kepada 211 ahli lain. Kita kena ingat ada perlawanan kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia pada Oktober.

“Selain itu, kena ingat kalendar Fifa bukan hanya digunakan untuk perlawanan persahabatan, namun turut memberi peluang kepada pasukan untuk mengadakan sesi latihan,” katanya kepada media selepas ditemui pada majlis kesyukuran atas pelantikannya sebagai Ahli Majlis Fifa 2023-2027 di Wisma FAM hari ini.

Sebelum ini, bekas jurulatih pasukan kebangsaan B. Sathianathan turut meluahkan sentimen sama berkenaan kemasukan Piala AFF dalam kalendar FIFA.

Advertisements

Infantino sebelumnya menyatakan minat melihat kejohanan berprestij ASEAN itu dimasukkan dalam kalendar FIFA. Bagaimanapun, bekas Setiausaha Agung UEFA itu mengakui akan ada kekangan untuk merealisasikan impian berkenaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram