B. Sathianathan: Di Mana Nak Letak Piala AFF Dalam Kalendar FIFA
Dunia
Thestar
Advertisements

Beberapa media serantau mendedahkan hasrat FIFA memasukkan Piala AFF dalam kalendar antarabangsa mereka. Bagaimanapun, bagi jurulatih berpengalaman, B. Sathianathan, usaha ini walaupun baik bakal berdepan kesukaran untuk direalisasikan.

Salah satu cabarannya menurut bekas jurulatih Harimau Malaya itu ialah menyelaraskan musim setiap liga domestik di rantau ASEAN. Selain itu, liga-liga domestik ini perlu bermula dan berakhir serentak dengan liga-liga Eropah.

“Kalau betul nak letak dalam kalendar FIFA, memang baik, tetapi saya nampak susah. Sekarang kalendar amat padat dengan Kelayakan Piala Asia, Kelayakan Sukan Olimpik dan sebagainya. FIFA nak letak kejohanan ini di mana?

Advertisements

“Kalau Piala AFF nak letak dalam kalendar FIFA, semua liga di ASEAN ini haruslah diselaraskan. Tak bolehlah setiap liga domestik di Asia Tenggara bermula dengan tarikh yang berbeza-beza.

“Mereka kena ikut macam jadual di Eropah atau jadual Liga Jepun dan sebagainya. Jadi nak laksanakan cadangan ini kena lebih realistik,” katanya bila dihubungi Sukan Sinar semalam.

Sebelum ini, FIFA menerusi presidennya, Gianni Infantino melihat Piala AFF perlu dinaiktaraf sebagai kejohanan rasmi FIFA disebabkan prestijnya kepada negara-negara ASEAN.

Advertisements

Bagaimanapun, pada masa sama, Infantino turut mengakui wujud kekangan untuk merealisasikan usaha tersebut.

Sathianathan turut menggesa negara-negara ASEAN mengadakan kajian mendalam terlebih dahulu sebelum membuat keputusan tentang kenyataan Infantino itu.

Ini kerana tanpa sebarang penyelarasan, ia akan mengakibatkan kekacauan pada liga domestik masing-masing dan memberi kesan terhadap pasukan kebangsaan mereka.

Advertisements

“Seperti Eropah, mereka turut bermain dalam kalendar FIFA dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA untuk layak ke saingan Euro. Daripada situ kita dah nampak ada penyelarasan.

“Di peringkat Asia, macam mana nak buat? ASEAN main satu kumpulan, Barat pula main satu kumpulan. Susah nak buat… jadi di mana nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA?” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram