Presiden FIFA, Gianni Infantino mahu bantu Piala AFF agar segera dinaik taraf sebagai kejohanan rasmi FIFA.
Menurutnya, dengan populasi dan capaian penyokong yang tinggi, Piala AFF berpotensi besar menjadi kejohanan yang dihormati dan berkembang pesat.
“Piala AFF perlu dinaik taraf kepada kejohanan rasmi FIFA. Kita mesti memastikan kejohanan ini berkembang dengan lebih baik lagi.
“Jika kita bekerjasama, saya pasti Piala AFF akan menjadi lebih besar dengan kelulusan FIFA,”
“Kejohanan ini dianggap sebagai acara penting bagi rantau Asia Tenggara. Dengan populasi lebih 650 juta orang, semua rakyat ASEAN sangat menyukai bola sepak,” kata Gianni.
“Selain itu, dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, negara-negara ASEAN semuanya meminati bola sepak dan membuat pencapaian dalam bola sepak lelaki dan wanita,” kata Gianni dipetik dari laman berita Vietnam, Zingnews.
Penaiktarafan kejohanan seperti Piala AFF ini bakal memberi kelebihan kepada negara-negara bertanding untuk memperoleh lebih banyak ranking FIFA.
Sebelum ini, Presiden FIFA, Gianni Infantino dijemput hadir menyaksikan perlawanan terakhir Piala AFF di Stadium Thammasat menemukan Thailand dan Vietnam untuk perlawanan akhir ke-2 Piala AFF 2022.