Hamidin Mahu Dunia Kenal Bola Sepak Malaysia
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Kejayaan dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA dalam Kongres Ke-33 AFC semalam bukanlah satu kejayaan peribadi bagi Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. Sebaliknya, ia merupakan satu peluang bagi dunia mengenali bola sepak Malaysia.

Salah satu impakpositif pemilihannya ialah pembangunan sukan bola sepak tanah air termasuk bola sepak wanita, bola sepak pantai, futsal dan akar umbi.

“Ada banyak perkara yang perlu dibawa, menjadi kelebihan kepada Malaysia apabila saya berada di sana. Banyak perkara yang boleh dibuat untuk masa depan bola sepak di Malaysia dan Asia.

Advertisements

“Sudah tentu ini satu tanggungjawab besar yang saya bawa untuk memastikan bola sepak Malaysia, ASEAN, Asia dan dunia akan bertambah lebih baik daripada sekarang,” katanya bila ditemui media selepas tamat Kongres AFC Ke-33 semalam.

Dalam pertandingan tujuh penjuru merebut jawatan tersebut, Hamidin terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA untuk tempoh 2023-2027 selepas menerima 30 undian.

Empat lagi yang terpilih ialah Sheikh Hamad Khalifa A. A. Al Thani dari Qatar dengan 40 undi, Kohzo Tashima (Jepun/39 undi), Mariano Areneta Jr. (Filipina/34 undi) dan Yasser H. Almisehal (Arab Saudi/35 undi).

Advertisements

Dalam pada itu, Hamidin turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya dalam merebut jawatan tersebut termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semasa kunjungan saya kepada Perdana Menteri, beliau menyatakan sokongan kuat kepada saya untuk menang, kerana duduki kerusi ini bagus kepada negara, letak Malaysia dalam peta bola sepak dunia.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyokong saya dari awal, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta semua peminat bola sepak negara,” ujarnya.

Advertisements

Hamidin menjadi Ahli Majlis FIFA kedua dari Malaysia selepas DYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Baginda dipilih menjawat jawatan tersebut dari 2015 hingga 2019.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram