Advertisement
Hamidin Mohd Amin Tidak Pertahan Jawatan Presiden FAM
FAM
MakanBola
FA Malaysia

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Haji Hamidin Mohd Amin mengumumkan tidak mempertahankan jawatan di dalam badan induk bola sepak tersebut.

Perkara ini diumumkan oleh Exco FAM, Christopher Raj yang memaklumkan bahawa Tan Sri Haji Hamidin tidak bertanding sebagai calon presiden ketika Kongres badan induk tersebut.

“Presiden FAM, Tan Sri Hamidin tidak akan bertanding dalam Kongress FAM yang akan diadakan pada 15hb 2025,” tulis Christopher Raj di laman X.

“Selepas berkhidmat sebagai Presiden hampir 7 tahun, Tan Sri Hamidin memberi ruang kepada muka baharu untuk menerajui (badan induk itu),” tambah Christopher Raj.

Menerusi sidang media pada Rabu, Tan Sri Hamidin sendiri mengumumkan keputusan ini dan merasakan sudah tiba masa untuk pemimpin baharu mengambil alih jawatan itu.

”Saya tidak akan mempertahankan jawatan,” ujar Tan Sri Hamidin ketika di sidang media di ibu pejabat FAM.

“Saya sudah enam tahun setengah, jadi saya rasa sudah cukup dan memberi peluang untuk muka baharu memimpin badan induk yang besar ini,” tambah Tan Sri Hamidin.

Kongres FAM seterusnya bakal berlangsung pada 15 Februari hadapan dengan pemilihan jawatan Presiden bakal menjadi tumpuan untuk mengambil alih tampuk pemerintahan badan induk bola sepak negara.