Advertising
Hamidin Nafi Merajuk
MakanBola
FA Malaysia

Bekas Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin menafikan keputusan beliau untuk berundur dibuat kerana merajuk atau atas desakan penyokong.

Sebelum ini, Hamidin mengumumkan keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden FAM menjelang Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM 2025-2029 pada Disember 2024.

Keputusan itu diambil beliau bagi membolehkan muka baharu mengambil alih barisan kepimpinan badan induk tersebut untuk penggal 2025 hingga 2029.

Ad

Pendirian sama turut diulangi Hamidin apabila ditanya media selepas Kongres FAM Ke-61. Beliau melihat ini juga peluang buat barisan kepimpinan baru melakar pencapaian lebih baik berbanding sebelumnya.

“Memang saya sudah lama putuskan untuk pergi (berundur sebagai Presiden FAM). Saya cakap, berilah peluang kepada orang lain,” katanya.

Ad
Ad

“Biar kita tak terkesan dengan ini semua. Jadi, kita kena berjiwa besar untuk ini sebab bola sepak bukan hak sesiapa.

Ad

“Jadi, semua itu kita kena buat, orang yang menilai seperti penyokong dan warga maya. Saya sudah buat yang terbaik tapi tak dapat puaskan hati semua. Tapi kita masih tetap sokong bola sepak Malaysia.”

Barisan kepimpinan FAM untuk penggal 2025-2029 bakal diterajui Datuk Mohd Joehari Ayub. Pemilihan kali ini turut mencuri perhatian apabila dua legenda bola sepak turut terpilih.

Dato’ Dollah Salleh dipilih sebagai Naib Presiden FAM. Datuk Zainal Abidin Hassan pula dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM.