Ini adalah senarai lengkap exco jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2025-2029.
Pada Sabtu, Kongres Tahunan FAM Ke-61 telah diadakan di Grand Dorsett Hotel yang menyaksikan Datuk Joehari Ayub diumumkan secara rasmi selaku Presiden FAM ke-8 baharu.
Datuk Joehari Ayub memenangi jawatan itu tanpa bertanding di dalam Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM 2025-2029 untuk menggalas peranan yang ditinggalkan oleh Tan Sri Haji Hamidin.
Datuk Wira Yusoff Mahadi dan Datuk S. Sivasundaram turut dipilih sebagai Timbalan Presiden FAM yang baharu setelah memenangi tanpa bertanding dalam sesi pemilihan tersebut.
4 jawatan selaku Naib Presiden FAM disandang oleh lagenda bola sepak tanah air iaitu Datuk Dollah Salleh, Datuk Seri Haji Rosmadi Ismail, Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin dan juga N. Saaran.
Manakala, barisan exco FAM menyaksikan 8 individu dipilih adalah Dato’ Zainal Abidin Hassan, Yang Berhormat Datuk Hishamuddin Abdul Karim dan Datuk Hj. Mohd Hisamudin Yahaya dan Mohd Azizudin Mohd Shariff.
Tang Chee Hong, Datuk Hj. Kamarudin Hj. Hassan, Dato’ Sri Mohd Yusri Hj Hassan Basri, Datuk Dr. P. Sugumaran, Dr. SITI Faidul Maisarah dan Dato’ Suraya Yaacob melengkapkan senarai barisan exco FAM yang baharu.