Advertising
Joehari Ayub Sah Presiden FAM Ke-8
MakanBola
FA Malaysia

Datuk Joehari Mohd Ayob sah dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Ini selepas beliau memenangi jawatan tersebut tanpa bertanding dalam Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM 2025-2029.

Ad

Sebelum ini, Joehari menggalas peranan sebagai Naib Presiden FAM untuk penggal 2021 hingga 2025. Ini menjadikan beliau presiden FAM kelapan menggantikan penyandang sebelumnya, Tan Sri Hamidin Mohd Amin.

Ad

Sebelumnya, Hamidin memilih mengundur diri dalam satu sidang media yang diadakan pada Disember lalu.

Keputusan tersebut dibuat beliau bagi memberi laluan kepada calon baharu untuk mengambil alih tampuk kepimpinan badan induk bola sepak Malaysia itu.

Ad

Joehari bukan satu-satunya calon yang menang tanpa bertanding dalam Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM 2025-2029.

Ad

Datuk Wira Yusoff Mahadi dan Datuk S. Sivasundaram turut menang tanpa bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden FAM.

Ad