Hamidin Perjelas Dakwaan Bahawa Kim Pan-gon Anak Emas FAM
Dunia
Khairul / Makanbola
Advertisements

Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mendapat sokongan penuh oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dimana segala kehendak jurulatih Korea Selatan itu akan cuba dipenuhi demi menaikkan martabat bola sepak negara.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan bahawa permintaan yang dimahukan Pan-gon bukanlah sesuatu yang sukar untuk dipenuhi dan selepas mendengar penjelasan dari Pan-gon, FAM tidak mengambil masa yang lama untuk menunaikan permintaan beliau.

“Apabila seseorang mahukan sesuatu, dia kena tunjukkan kerja dan mengapa (permintaan) jadi saya berpuas hati dengan penjelasan dan justifikasi yang diberikan (Pan Gon).

Advertisements

“Cabaran adalah dari segi kewangan dan perbelanjaan tetapi saya fikir permintaannya pun tidak sesukar mana kerana ia memang sepatutnya dibuat antaranya perkara seperti peralatan, tempoh masa dan sebagainya.

“Sama juga seperti sebelum ini cuma dia memanfaatkan sebaik mungkin. Kalau dia minta tetapi tidak dimanfaatkan pun, benda ini tak boleh sampai (kepada pemain),” katanya kepada Arena Metro.

Untuk rekod, skuad bola sepak kebangsaan mencipta sejarah menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit selepas muncul antara lima naib juara terbaik sekali gus menyertai tiga lagi negara Asean iaitu Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Advertisements

Dalam pada itu, apabila ditanyakan pendekatan yang digunakan Pan-gon, Hamidin berkata pendekatan Pan-gon tidaklah begitu ‘keras’ seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

“Saya tidak perlu dedahkan tetapi cukup saya bagi contoh di mana apabila saya tanya pemain mengenai perbezaan dilakukan Pan Gon jika dibandingkan dengan cara yang digunakan jurulatih asing, mereka kata cepat, tepat dan mudah.

“Saya ingat rumit tetapi apa yang saya nampak adalah untuk berjaya, 50 peratus kejayaan kena datang daripada dalam padang dan 50 peratus lagi di luar padang,” katanya.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram