Hamidin Tandingi Jawatan Ahli Majlis FIFA
Dunia
Youtube Astro Arena
Advertisements

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin telah menyatakan minat merebut jawatan sebagai Ahli Majlis FIFA. Ini selepas beliau disahkan sebahagian daripada tujuh calon yang merebut jawatan itu pada Kongres Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Ke-33 yang berlangsung hari ini.

Selain Hamidin, penyandang jawatan Du Zhaocai dari China, Kohzo Tashima (Jepun) dan Mariano Areneta Jr. (Filipina) juga mengintai peluang mempertahankan jawatan mereka.

Mong Gyu-chung (Korea Selatan), Sheikh Hamad Khalifa A. A. Al Thani (Qatar) dan Yasser H. Almisehal (Arab Saudi) turut menyatakan minat merebut jawatan Ahli Majlis FIFA.

Advertisements

Sekiranya dipilih oleh delegasi-delegasi ahli AFC, Hamidin bakal menjadi wakil Malaysia kedua yang menyandang jawatan tersebut.

DYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan wakil Malaysia pertama dalam Majlis FIFA susulan kemenangan baginda pada Kongres 2015.

Manakala Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah pula pernah berkhidmat sebagai naib presiden FIFA dari 1982 hingga 1990.

Advertisements

Sementara itu, Presiden AFC, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa menang tanpa bertanding untuk jawatan berkenaan untuk tempoh empat tahun lagi.

Kongres AFC juga dijangka mengumumkan tuan rumah Piala Asia 2027 dengan Arab Saudi sebagai pilihan utama. Ini selepas Arab Saudi menjadi satu-satunya pembida dengan China menarik diri dan Qatar pula dipilih sebagai tuan rumah Piala AFC 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram