Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menerima anugerah pangkat Tan Sri hari ini.
Perkara ini telah diumumkan oleh Istana Negara berkenaan pemimpin tertinggi badan induk tersebut yang menerima pengiktirafan tinggi hasil jasa besarnya selama ini.
Beliau mula menjadi Presiden FAM bermula tahun 2018 sehingga kini telah membantu pelbagai kejayaan skuad kebangsaan.
Hamidin telah menerima darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Presiden FAM daripada Sultan Ibrahim.
Hamidin juga merupakan Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027.
Sebelum ini, Hamidin menerima anugerah Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua (DMIJ) yang diterimanya daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.