Hamidin: Tiada Sasaran Buat Skuad B-23, Tetapi Yakin Mampu Lolos Ke Separuh Akhir
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yakin dengan kebolehan pemain-pemain yang dipilih untuk membawa cabaran Malaysia di Kejohanan Piala AFF B-23 yang dijadualkan bermula 14 Februari ini.

Walaupun percaya dengan kebolehan mereka, Hamidin tidak mahu memberikan tekanan kepada skuad kendalian Brad Maloney dengan meletakkan sasaran dan beliau hanya berharap supaya pemain-pemain mampu memberikan aksi terbaik dalam kejohanan tersebut.

“Skuad ke Phnom Penh ini merupakan gabungan pemain yang berada dalam skuad negara ketika Kelayakan Piala Asia B-23 AFC 2022 di Mongolia, Oktober lalu dan menampilkan juga ramai muka baharu yang dipanggil kali ini.

Advertisements

“Jadi saya mahu mereka ini memberikan persembahan yang terbaik di sana nanti supaya kita dapat keputusan yang baik apabila bertemu Myanmar pada aksi pembukaan pada 15 Februari, diikuti aksi kedua menentang Laos pada 18 Februari.

“Saya percaya jika mereka bermain dengan ikhlas dan sepenuh hati serta penuh bersemangat, kita mampu untuk meraih keputusan baik pada ketiga-tiga perlawanan tersebut, seterusnya berjaya layak ke separuh akhir,” katanya kepada Arena Metro.

Semalam dunia bola sepak dikejutkan dengan penarikan diri saat akhir pasukan Indonesia selepas beberapa pemain mereka difahamkan dijangkiti virus covid-19 dan ada yang mengalami kecederaan. Indonesia sepatutnya menjadi lawan buat Malaysia pada 21 Februari untuk aksi terakhir kumpulan.

Advertisements

Brad Maloney banyak menurunkan muka-muka baharu dalam kejohanan ini. Sudah pasti ianya akan menjadi persediaan terbaik untuk mendapatkan pemain terbaik bagi kejohanan yang lebih besar selepas ini iaitu Piala Asia B-23 di Uzbekistan dan temasya Sukan Asia di China.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram