Hampir Jaringkan Gol & 1 Bantuan Gol Menarik Dion Cools Menentang Brno
Dunia
Advertisements

FK Jablonec meneruskan rentak kemenangan ke-4 berturut-turut dalam semua aksi liga dan Piala Czech selepas berjaya menewaskan Brno 3-1 di halaman sendiri semalam sekaligus melonjak kedudukan pasukan di tangga ke-9 Liga Utama Czech.

Kemenangan ini juga menerima maklum balas baik penyokong yang sebelum ini menyaksikan pasukan mereka hambar dalam aksi pembukaan liga.

Dalam perlawanan bertemu Brno, Dion Cools dilihat selesa memainkan peranan sebagai pemain tengah kanan bermain dalam formasi 3-5-2.

Advertisements

Disiplinnya ketika bertahan dan pantas naik ke atas membantu bahagian serangan selama lebih 90 minit permainan wajar diberikan pujian.

Pemain dengan nilai pasaran ke-2 terbesar kelab ini dirakam hampir menjaringkan gol pada minit ke-52 namun sepakannya gagal melepasi penjaga gawang Brno, Martin Berkovec.

Pada minit ke-60, hantaran lencong Dion Cools dari sebelah kanan ditanduk baik oleh Vladimir Jovović sekaligus menjadi inspirasi pasukannya memperoleh kemenangan mutlak 3-1 menentang lawan yang lebih kuat, Brno.

Advertisements
https://www.youtube.com/watch?v=v082EDilTiI

Jablonec bakal bertandang ke Dolicek menentang Pardubice pada Sabtu, 8 Oktober ini untuk minggu perlawanan liga ke-11.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram