Hannah Yeoh Beri Bayangan Masa Depan Kim Pan-gon
Harimau Malaya
Changsuek
Advertisements

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh memberi bayangan mengenai masa depan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad kebangsaan.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu merekodkan pencapaian cemerlang bersama skuad negara selepas mengharungi kempen yang memberangsangkan di Piala Asia AFC.

Harimau Malaya mencipta kejutan apabila berjaya mengikat pasukan ke-22 dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3 dalam satu aksi Kumpulan E.

Advertisements

Beliau juga memastikan Malaysia memiliki rekod cemerlang dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 apabila mencatatkan kemenangan bersih berdepan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei.

Pan-gon turut membantu skuad kebangsaan terus berkembang apabila kini menghuni tangga ke-132 dunia berdasarkan kemas kini ranking masa-nyata FIFA.

Terdapat desas-desus mula memperkatakan tentang masa depan jurulatih berusia 54 tahun itu bersama Harimau Malaya sungguhpun kontraknya telah disambung sehingga tahun 2025.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh Hannah Yeoh di laman sosial, beliau memberi bayangan bahawa Kim Pan-gon akan kekal menerajui skuad negara dan terus diberikan mandat.

“Kali pertama dalam 42 tahun, Malaysia layak secara merit ke Piala Asia. Ranking Harimau Malaya dalam pasukan E paling bawah. Mereka ke sana untuk melakukan yang terbaik.”

“Mereka cuba tetapi lawan Jordan kalah. Mereka cuba lagi lawan Bahrain, main dengan baik tapi saat akhir pihak lawan jaringkan satu gol. Lawan Korea mampu seri 3-3. Sekali lagi, bandingkan ranking ketiga-tiga pasukan.”

Advertisements

Hannah juga akan bertentang mata dengan Kim Pan-gon bagi membincangkan hala tuju bola sepan negara dan perancangannya.

“Saya akan berjumpa dengan jurulatih Kim Pan Gon selepas ini dan mendengar rancangan beliau. Pandangan pakar akan diterima, termasuk juga pandangan pengkritik yang membina yang sama-sama mahu pasukan kita berjaya,” ujarnya dalam satu kenyataan di media sosial.

Skuad kebangsaan selepas ini akan kembali mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 dan bertemu dengan Oman, Mac ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram