Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tidak mahu menyalahgunakan kuasa yang dimilikinya semata-mata mahu mempertahankan venue utama Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil selaku venue rasmi Piala AFF.
Seperti yang sedia maklum, terdapat beberapa isu yang berbangkit sejak kebelakangan ini terutamanya apabila konsert Jay Chou yang dijadualkan bertembung dengan aksi skuad kebangsaan ketika ini.
Namun begitu, Hannah Yeoh telah mendapat ‘nasihat’ daripada Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal yang mencadangkan agar Hannah menggunakan sepenuhnya kuasa yang dimiliki untuk membuat keputusan.
“Kuasa menteri itu tidak boleh disalahgunakan. Konsert Jay Chou itu jelajah dunia dan 45,000 tiket sudah dijual.”
“Nak keluarkan kenyataan politik, kena rajin semak fakta dahulu,” jelasnya.
Penganjuran konsert ini menyaksikan sebanyak 21,000 keping tiket tidak dapat dijual kerana terhalang oleh pentas yang dipasang bagi konsert tersebut.
Hal ini juga memungkinkan venue bagi final Piala AFF turut berubah berdasarkan situasi semasa.