Hans Isaac: Tolong Guna LRT Untuk Ke Bukit Jalil
Piala Malaysia
Hans Isaac
Advertisements

Menjelang aksi final Piala Malaysia 2023 pada Jumaat ini, Hans Isaac meminta penyokong Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) menggunakan transit aliran ringan (LRT).

Seruan yang dibuat Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) itu bertujuan bagi mengelak kesesakan yang berlaku pada hari itu.

Ini kerana pada hari sama perlawanan final berlangsung, skuad hoki remaja negara bakal turun menentang Australia pada jam 2.00 petang di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Advertisements

Perlawanan tersebut merupakan aksi terakhir Kumpulan A Piala Dunia Remaja 2023 di mana ini boleh saja menentukan sama ada skuad negara layak ke pusingan seterusnya atau tidak.

Justeru, Hans berharap penyokong dapat memanfaatkan kemudahan pengangkutan awam termasuk LRT bagi menyenangkan perjalanan mereka ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Advertisements

“Tolong gunakan transit aliran ringan (LRT) untuk ke Bukit Jalil minggu ini,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram Story.

Suasana di SNBJ dijangka meriah dengan kehadiran penyokong kedua-dua pasukan.

Advertisements

Begitupun, ramai penyokong masih menunggu maklum balas terkini Hans tentang keadaan padang SNBJ yang dilihat belum bersedia untuk aksi final Piala Malaysia.

Aksi final menemukan juara bertahan, JDT dan pemenang Piala Malaysia edisi 2001, Terengganu. Ini dilihat ulangan aksi Piala Sumbangsih yang menemukan kedua-dua pasukan pada awal musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram