Hantaran media sosial Kedah Darul Aman mencetuskan kontroversi dalam kalangan penyokong.
Skuad kendalian Nafuzi Zain bakal melayan kunjungan KL City FC pada aksi pertama pusingan 16 terakhir di Darul Aman.
Usaha mempromosikan perlawanan tersebut menyaksikan unit media Sang Kenari telah menghabiskan satu video yang menimbulkan kecaman ramai.
Video berdurasi 1 minit 30 saat itu memaparkan sosok seorang wanita yang berjalan di tengah padang sambil memperagakan aksi yang kurang sopan.
Hantaran ini juga telah menimbulkan persepsi yang kurang senang dalam kalangan penyokong tempatan terutamanya peminat setia Sang Kenari.
“Hari Jumaat tau. Bagi tiket percuma kepada wanita dengan menjatuhkan maruah wanita?” soal Airsyh di laman Facebook KDA FC.
Hantaran tersebut tidak berjaya dikesan selepas 10 minit unit media KDA FC memuatnaiknya ke laman sosial selepas kritikan dari netizen.
Sebelum ini, Sang Kenari telah menerima berita gembira dengan menawarkan kemasukan percuma buat para penyokong wanita dan kanak-kanak.
Kedah tidak berada dalam prestasi yang baik selepas hanya merakamkan satu kemenangan daripada 5 perlawanan terakhir termasuklah tunduk kepada Selangor dengan keputusan 1-0.
Aksi antara Kedah vs KL City berlangsung pada 22 November jam 9 malam.