Hanya Orang Bijak Yang Tahu Menilai Projek JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Fenomena kejayaan yang diraih gergasi kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membuka mata ramai pihak akan kepentingan pembangunan, pengstrukturan dan pengurusan bagi sesebuah kelab.

Tidak dapat dinafikan, kemenjadian pasukan JDT hari ini adalah bertitik tolak daripada hasil usaha serta buah fikiran daripada Tunku Mahkota Johor.

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris (TMJ) dalam satu kenyataan pada semalam menjelaskan bahawa hanya individu-individu yang bijak sahaja yang percaya akan projek bola sepak yang dibangunkan JDT.

Advertisements

“Saya rasa orang yang bijak sahaja dapat menilai projek bola sepak Johor Darul Ta’zim. Ramai dalam kalangan penyokong Malaysia, majoritinya bukan penyokong Johor menyatakan bahawa pemain bola sepak harus bermain diluar.”

Tunku Ismail berpendapat bahawa tidak menjadi satu masalah bagi seseorang pemain bola sepak itu memilih perjalanan kariernya untuk bermain dimana-mana kelab yang diminati. Iainya terpulang kepada keputusan pemain itu sendiri untuk bermain di liga tempatan ataupun luar negara.

Liga luar negara itu turut tidak menjamin kejayaan seseorang pemain bahkan usaha serta kesungguhan sendiri itulah yang membantu dalam memperoleh kejayaan.

Advertisements

“Baru-baru ini pasukan Malaysia telah melayakkan diri ke pentas Piala Asia, menggunakan seramai 15 orang pemain JDT, seorang pun tak main luar negara. Jadi saya tak nampak main dimana-mana itu sebagai satu masalah,” tegas TMJ.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram