“Hanya Sri Pahang Yang Berjaya Curi Mata di Gelanggang JDT Tahun Ini” – Gamel
Dunia
Official Sri Pahang
Advertisements

JDT mengharungi musim 2022 penuh gilang gemilang, mereka melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan kelab lain.

Bukan sahaja menjulang tiga kejuaraan utama iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia ditambah Piala Sultan Ahmad Shah (Sumbangsih) tetapi lebih menarik tidak tewas dalam kesemua 35 perlawanan domestik.

Dalam 35 perlawanan tersebut, 18 perlawanan adalah di gelanggang sendiri, Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

Sama ada penyokong sedar atau tidak, skuad harimau selatan melakar 17 kemenangan daripada 18 perlawanan di gelanggang keramat mereka itu.

Siapa satu-satunya pasukan yang mencalar rekod bersih mereka itu? Ia tidak lain, Sri Pahang FC yang berjaya mencemaskan mereka sebelum perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.

Baru-baru ini, Sri Pahang FC ada memuatnaik klip jaringan dilakukan pemain muda Saiful Jamaluddin pada perlawanan tersebut dengan kapsyen “Pastinya tiada cara lebih padu untuk anak muda berusia 20 tahun ini memperkenalkan diri”.

Advertisements

Klip tersebut menarik perhatian Christophe Gamel yang masih lagi jurulatih Sri Pahang pada ketika itu, di ruangan komen Gamel menulis :

“Kita adalah satu-satunya pasukan yang mencatat keputusan ini di gelanggang JDT musim ini, seingat saya,” tulis Gamel yang ditamatkan khidmatnya setelah Sri Pahang tewas tiga perlawanan berturut-turut selepas keputusan seri menentang JDT itu.

Pada perlawanan berlangsung 18 Mei itu, Bergson da Silva meletakkan JDT di depan sebelum Saiful menyamakan kedudukan pada minit ke-38 dan kemudiannya giliran Manuel Hidalgo menyempurnakan sepakan penalti untuk tok gajah mendahului 2-1.

Advertisements

Ketika perlawanan seperti akan berpihak kepada Sri Pahang, tuan rumah mendapat sepakan penalti yang disempurnakan oleh Bergson dua minit sebelum tamat perlawanan.

Sri Pahang juga mungkin boleh mendabik dada kerana mereka kemudiannya menjadi satu-satunya pasukan tidak tewas kepada JDT musim ini, apabila mencatat keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Darul Makmur.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram