Harapan KL Rovers Beraksi Di Singapura Berkecai
Liga M3
KL Rovers
Advertisements

Hajat pasukan Liga M3, KL Rovers untuk beraksi dalam saingan Singapore Premier League (SPL) tidak kesampaian hari ini.

Ini selepas Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan tidak memilih pasukan baru yang akan bersaing dalam SPL musim 2024-2025.

“Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sudah memuktamadkan proses penilaian kelab berpotensi untuk Singapore Premier League (SPL) musim 2024-2025.

Advertisements

“FAS sudah menerima beberapa permohonan dengan satu kelab telah diberi kelulusan untuk menyertai SPL 2024/2025.

“Kelab yang disenarai pendek sudah menjalani proses semakan di mana proses tersebut mengambil masa lebih lama daripada jangkaan.

“Memandangkan tarikh tutup yang terlalu hampir dengan permulaan SPL pada Mei 2024, kelab tersebut memutuskan untuk tidak bertanding dalam musim 2024/25. Sebaliknya, kelab itu akan fokus menyediakan pasukan untuk musim 2025/26.

Advertisements

“FAS kekal komited untuk menambahbaik SPL dan akan terus meneroka peluang-peluang memperkukuh pertandingan divisyen utama bola sepak domestik Singapura,” kata FAS dalam satu kenyataan.

Pengumuman ini menyaksikan KL Rovers kekal bersaing dalam saingan Liga M3. Sementara saingan SPL pula menyaksikan sembilan pasukan diketuai juara, Albirex Niigata Singapura bertanding untuk kempen 2024-2025.

Selain SPL musim 2024-2025, pengurusan Rovers turut mengemukakan permohonan Lesen Kebangsaan untuk mengisi slot pasukan ke-14 Liga Super musim 2024-2025.

Advertisements

Walau bagaimanapun, permohonan KL Rovers ditolak oleh First Instance Body (FIB) kerana gagal memenuhi keperluan yang ditetapkan badan tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram