KL Rovers Mahu Sertai Liga Singapura Musim 2024
Liga M3
KL Rovers
Advertisements

Naib juara Liga M3 musim 2023, KL Rovers FC membuat kejutan dengan membuat permohonan menyertai Singapore Premier League (SPL).

Ini selepas wartawan Astro Arena, Fina Nasrom memuatnaik gambar satu surat rasmi yang dihantar pengurusan KL Rovers kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Hj. Rahman hari ini.

“KL Rovers berhasrat sertai Liga Singapura musim ini. Difahamkan sudah menghantar surat permohanan menerusi badan induk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya di X.

Advertisements

Selain membuat permohonan menyertai SPL, pengurusan Rovers juga turut menunggu keputusan Lesen Kebangsaan untuk musim 2024-2025.

Ini selepas mereka menjadi salah satu daripada empat pasukan Liga M3 yang dipilih untuk mendapatkan slot pasukan ke-14 Liga Super.

Selain KL Rovers, juara Liga M3, Imigresen FC, Harini FT dan Perlis United FC turut berminat mengisi slot yang ditinggalkan Kelantan FC itu.

Advertisements

Ini selepas Kelantan gagal mendapat Lesen Kebangsaan musim 2024-2025 selepas gagal memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan First Instance Body (FIB).

Difahamkan pengurusan Rovers telah membuat permohonan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) untuk mengisi slot pasukan ke-10 SPL sebelum tarikh tutup 20 Disember 2023.

Setiap pasukan yang memohon slot tersebut perlu mengikut garis panduan SPL dan Peraturan Lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Advertisements

Sekiranya permohonan Rovers diterima, KL Rovers bukan saja bakal menjadi pasukan luar ketiga beraksi di SPL selepas Albirex Niigata Singapura dan DPMM (Brunei Darussalam).

Malah, mereka bakal mengikut jejak dua wakil negara, Harimau Muda A dan Harimau Muda B. Dua pasukan ini dihantar FAM beraksi di SPL untuk musim 2015 dan 2016.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram