“Hari Pertama Lagi Saya Nampak Kualitinya & Kini Terbukti” -Dato’ Zainal Abidin
Piala Malaysia
Terengganu FC
Advertisements

Jurulatih berpengalaman negara, Dato’ Zainal Abidin Hassan membuktikan ramalannya sentiasa tepat apabila seorang lagi pemain yang diragui pada awal musim mempamerkan bisanya.

Menerusi satu perkongsian kepada segmen Nindia Bola, pengendali berusia 60 tahun itu membuka mulut mengenai prestasi yang ditonjolkan oleh penyerang berbisa Terengganu, Ivan Mamut.

Pemain kelahiran Croatia ini dipertikai aksinya pada awal musim selepas gagal memberikan impak yang diharapkan.

Advertisements

Namun begitu, beliau mempamerkan kebangkitan yang diharapkan dan kini menjadi peledak utama skuad Peteh dengan 20 jaringan.

Dato’ Zainal merasakan pemain ini sudah membuktikan reputasinya dan menutup mulut pengkritik terhadpa persembahannya pada awal musim.

Advertisements

“Saya lihat beliau (Ivan Mamut) kali pertama pada aksi pertama Piala Sumbangsih, saya berkata dalam hati bahawa inilah penyerang yang saya inginkan.”

“Ivan Mamut adalah definisi sebenar penyerang, tiada kemahiran individu tetapi beliau tidak membuat tindakan merepek dalam kotak penalti, ada peluang dan terus meledak. Cuma sesekali beliau tersasar dan orang kutuk dia.”

Advertisements

Beliau merasakan kualiti sebenar Ivan Mamut sudah terserlah dan hasilnya membawa Terengganu ke pentas akhir Piala Malaysia 2023.

“Dua gol di separuh akhir membuktikan kualitinya,” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Aksi final ini akan menemukan juara bertahan, JDT dan Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Disember 2023 jam 9 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram