Harimau Malaya Bakal Bertemu Pasukan Ke-69 Dunia?
Harimau Malaya
Edited by NF
Advertisements

Harimau Malaya kini berpeluang untuk beraksi menentang pasukan gergasi dunia selepas beberapa siri perjumpaan yang diadakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin.

Menerusi satu kenyataan oleh FAM, Hamidin sedang merangka dan berbincang tentang kemungkinan untuk mengadakan aksi persahabatan menentang lawan yang lebih kuat bagi Malaysia.

Beliau membincangkan tiga elemen utama nagi memperkasakan lagi bola sepak negara iaitu video bantuan pengadil (VAR), perlawanan antarabangsa Tier 1 FIFA dan pelan menghantar pemain negara berkualiti yang berminat berkelana dengan kelab luar negara.

Advertisements

“Dalam pertemuan ini kita membincangkan potensi kerjasama dua hala terutama buat pasukan kebangsaan mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara antaranya Fiji, Montenegro, Cyprus, Sierra Leon dan Rwanda,” jelasnya.

Berdasarkan senarai tersebut, Montenegro merupakan lawan yang cukup sengit buat Malaysia kerana merupakan antara pasukan gergasi dalam kancah bola sepak dunia.

Advertisements

Ketua pasukan Montenegro, Steven Jovetić merupakan nama yang tidak asing lagi selain pernah beraksi bersama beberapa pasukan besar seperti Manchester City, Inter Milan, Fiorentina dan lain lagi.

Sekiranya ia terjadi, ini bakal menjadi aksi tumpuan bagi menguji kemampuan sebenar anak didik Kim Pan-gon bagi meningkatkan kualiti persembahan pasukan.

Advertisements

Malaysia juga sudah merangka beberapa aksi persahabatan termasuklah berdepan Turkmenistan dan Hong-Kong di Stadium Sultan Ibrahim hujung bulan ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram