Advertising
Harimau Malaya Bakal Terima Sentuhan John Crawley
MakanBola
Subway Socceroos

Harimau Malaya berpotensi mendapat sentuhan jurulatih penjaga gol terkemuka Australia, John Crawley.

Nama jurulatih berusia 52 tahun itu mula menjadi tumpuan selepas wartawan The Star, T. Avineshwaran memaklumkan Crawley berpotensi menyertai barisan kejurulatihan skuad negara.

Ad

“Satu lagi penambahan berpotensi kepada barisan kejurulatihan Harimau Malaya ialah jurulatih penjaga gol, John Crawley.

Ad

“Crawley bertanggungjawab membentuk penjaga gol utama Australia dan RC Lens, Matthew Ryan. Beliau juga pernah bekerjasama dengan bekas jurulatih Australia, Graham Arnold pada masa lalu,” katanya di X.

Seandainya khabar ini benar, maka kehadiran beliau bakal memberi impak signifikan kepada Harimau Malaya.

Ad

Ini kerana Crawley masih tersenarai dalam barisan kejurulatihan Australia yang dibimbing legenda Crystal Palace, Tony Popovic. Beliau menggalas peranan sebagai jurulatih penjaga gol Australia sejak tahun 2019.

Ad

Selain Australia, Crawley pernah menabur bakti bersama Central Coast Mariners (CCM) dan Sydney FC sebagai jurulatih penjaga gol.

Ad

Selain beliau, bekas jurulatih BG Pathum United, Matt Smith juga dilaporkan bakal menyertai staf kejurulatihan Harimau Malaya.

Beliau dilihat bersama jurulatih skuad senior negara, Peter Cklamovski dan Dr. Craig Duncan di Stadium MBPJ untuk aksi final kedua MFL Challenge Cup pada 22 Februari lalu.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments