Advertisement
Harimau Malaya Hadapi Tentangan Thailand Disember Ini
Asia Tenggara
MakanBola
FA Malaysia

Harimau Malaya bakal berdepan tentangan Thailand pada satu aksi bulan Disember ini.

Skuad kendalian Pau Marti memulakan langkah dengan cemerlang apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024 menundukkan Lubnan di Bukit Jalil.

Pasukan negara turut merakamkan kemenangan menentang wakil Asia Tenggara, Filipina pada satu aksi separuh akhir sebelum ini.

Prestasi baik tidak dapat diteruskan apabila tewas dengan keputusan besar menentang pasukan ke-95 dunia, New Zealand dengan keputusan 4-0 dalam satu aksi persahabatan Tier 1 FIFA di Auckland.

Aksi impian antara Malaysia dan Thailand menjadi kenyataan apabila kedua-dua pasukan bakal bertemu bagi aksi Piala Mitshubishi Electric ASEAN 2024 yang bakal bermula awal Disember ini.

Harimau Malaya akan memulakan langkah menentang Kemboja pada 8 Disember sebelum turun menentang Timor Leste pada 11 Disember.

Ujian sebenar skuad negara adalah menentang pasukan ke-96 dunia, Thailand pada aksi ketiga yang dijadualkan berlangsung pada 14 Disember.

Pertemuan terakhir menyaksikan Malaysia tunduk dengan agregat 3-1 menentang skuas Gajah Perang pada aksi Piala Mitshubishi tahun 2023.

Prestasi semasa Thailand juga amat baik sejak dikendalikan oleh Masatada Ishii apabila menang 4 daripada 5 aksi terakhir sejak Jun 2024.