Harimau Malaya Tak Rela Skrip Sama Berulang

Darren Lok Dion Cools Harimau Malaya Tak Rela Skrip Sama Berulang
Foto: FA Malaysia
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Anak buah Kim Pan-gon dilihat gigih dan bersungguh ketika menjalani latihan di kem kebangsaan menjelang pertemuan berdepan Hong Kong pada esok.

Pertahanan sensasi negara, Ahmad Khuzaimi Piee menegaskan beliau dan rakan sepasukan akan berusaha sebaik mungkin mempamerkan persembahan membanggakan.

Advertisements

Menurut pertahanan NSFC ini, beliau sudah pun mengenal pasti beberapa kesilapan yang perlu diperbaiki di benteng pertahanan pasukan. Apa yang penting baginya adalah melaksanakan arahan jurulatih dengan baik.

“Setiap kesilapan dilakukan ketika aksi pertama menentang Brunei sebelum ini perlu diperbaiki. Pertama sekali, kami cuba untuk dapatkan kesefahaman yang jurulatih Kim Pan Gon terapkan, insyaAllah kita akan bagi yang terbaik.”

Advertisements

Pemain yang berusia 28 tahun ini bernekad untuk membuktikan kemampuan sebenar dan beraksi dengan penuh bertenaga ketika di atas padang. Khuzaimi yakin beliau dan rakan sepasukan akan berusaha sehabis baik untuk mencatatkan keputusan positif berdepan Hong Kong nanti.

“Masa pun tak banyak untuk kelayakan Piala Asia. Jadi apa yang jurulatih terapkan, kami akan cuba sampaikan dan berusaha supaya semua peminat tahu kami tidak sambil lewa hadapi kelayakan itu,” kata Khuzaimi ketika ditemui Berita Harian pada sesi latihan di Wisma FAM semalam.

Advertisements