Harimau Malaya telah membuat keputusan untuk tidak menguji pasukan ke-96 dunia.
Skuad kendalian Pau Marti mengharugi permulaan baik sebelum tunduk 4-0 di tangan New Zealand dalam satu aksi persahabatan Tier 1 FIFA.
Malaysia bagaimanapun telah mengatur dua aksi persahabatan bulan November menentang pasukan ke-187 dunia, Laos dan juga India.
Aksi menentang Laos bakal berlangsung di Stadium PAT, Thailand pada 14 November dan India di Stadium Gachibowli pada 18 November.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelaskan banyak pasukan sudah memiliki lawan dengan Pau Marti mahu mengelak untuk bertemu 4 pasukan Asean termasuklah Thailand yang berada pada kedudukan 96 dunia.
“Kita harus tahu bahawa 18 pasukan terbaik dari Asia sudah ada jadual masing-
masing sehingga tahun depan iaitu menghadapi Pusingan Ketiga Kelayakan Piala
Dunia 2026.
“Malah, Pau Marti selaku ketua jurulatih juga membuat keputusan untuk tidak
mengatur perlawanan persahabatan menentang empat pasukan dari Asia Tenggara
iaitu Singapura, Thailand, Kemboja dan Timor Leste.
Perkara ini disebabkan 4 pasukan ini merupakan lawan Malaysia dalam kejuaraan Asean 2024.
“Hal ini kerana mereka dalam satu
kumpulan dengan kita pada Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024, Disember ini,” ujar FAM.
Harimau Malaya kini menghuni tangga ke-133 dunia dan merupakan pasukan ke-4 terbaik di Asia Tenggara.