Hariss Harun Kongsi Jurang Kualiti Lion City Sailors & JDT
Asia Tenggara
Lion City Sailors
Advertisements

Kapten pasukan Lion City Sailors, Hariss Harun memberi pandangan jujur tentang jurang kualiti antara pasukannya dan juga juara bertahan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemain berusia 33 tahun itu pernah beraksi bersama skuad Harimau Selatan sekitar tahun 2014-2021 dan berjaya merangkul pelbagai koleksi kejuaraan.

Bercakap kepada wartawan Singapura, Ash Hashim, Hariss bagaimanapun menyatakan rasa teruja apabila berpeluang untuk bertemu beberapa rakan lamanya ketika beraksi bersama skuad Harimau Selatan.

Advertisements

Lion City mencatatkan kekalahan ketika bertemu JDT dengan keputusan 2-1 dalam satu aksi di laman sendiri.

“Satu perasaan yang sangat baik apabila dapat kembali beraksi menentang beberapa watak yang tidak asing dalam diri saya. Beraksi menentang sebuah pasukan yang saya pernah mencipta banyak memori bersama mereka dan memenangi pelbagai kejuaraan.”

Advertisements

“Saya rasa perlawanan ini sangat bagus menentang kelab yang memiliki kaliber seperti JDT bagi aksi pra-musim buat pasukan untuk menilai kedudukan kami ketika ini. Saya rasa kami beraksi dengan cukup baik pada perlawanan ini.”

“Sungguhpun ada beberapa kekurangan tetapi secara umumnya kami beraksi dengan agak baik.”

Advertisements

Beliau juga berpendapat masih terdapat jurang perbezaan antara pasukanya dengan JDT yang sudah pun mengukuhkan reputasi selaku antara pasukan tersohor di Asia.

“Kita perlu bekerja keras dan meletakkan usaha lebih tinggi. Lion City perlu tabah dan bersabar, perkara ini tidak berlaku dalam setahun dua. Pemain muda yang mula menembusi skuad juga memainkan peranan yang sangat penting kerana mereka akan meneruskan perjuangan bagi tahun mendatang.”

Advertisements

“Pemain senior pula perlu membantu perjalanan mereka (pemain muda) dan sekiranya kita mengikuti perjalanan ini dan membantu satu sama lain, kita akan sampai ke tahap itu (seperti JDT,” ujarnya ketika ditemui Futbolita di Stadium Bishan.

Aksi kedua antara JDT dan Lion City akan berlangsung pada 8 April 2024 di Stadium Sultan Ibrahim jam 10 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram