Hariss Harun Puji Peranan JDT Naikkan Standard Bola Sepak Malaysia
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dari Singapura, Hariss Harun puji peranan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) dan JDT meningkatkan martabat bola sepak Malaysia.

Menurutnya, TMJ dan JDT berjaya meningkatkan kualiti bola sepak Malaysia sekaligus menjadi penanda aras baru buat bola sepak Malaysia.

“Pemimpin yang hebat (TMJ) dengan visi yang hebat. Dia menunaikan kata-katanya dengan tindakan. Transformasi JDT adalah visinya. Malaysia baru-baru ini layak ke Piala Asia dan ianya disebabkan oleh JDT berjaya meningkatkan standard negara ini (Malaysia),” jelas Hariss Harun di Story Instagramnya.

Advertisements

Hariss turut mengakui merindui JDT kerana memiliki banyak memori manis bersama kelab Harimau Selatan tersebut.

“Saya mempunyai musim gemilang di sana dan banyak memori manis. Ya, saya rindukan JDT,” tambah Hariss lagi.

Hariss Harun sebelum ini beraksi sebanyak 165 kali bersama skuad JDT untuk musim 2014 hingga 2021 dan berjaya menjaringkan 12 gol.

Advertisements

Beliau kini beraksi bersama Lion City Sailors yang kini selesa di puncak Liga Singapura (S League) dengan kelebihan 3 mata berbanding pencabar terdekat, Albirex Niigata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram