Harith Haiqal Tolak Dakwaan Komunikasi Punca Benteng Mudah Dibolosi
Dunia
FAM Official
Advertisements

Pemain Selangor FC, Harith Haiqal Adam Afkar menepis dakwaan sesetengah peminat bola sepak tempatan yang menanggap kurang komunikasi merupakan antara punca benteng pertahanan skuad B-23 tahun kebangsaan dibolosi.

Dalam saingan Sukan Sea tempoh hari, Malaysia sekadar meraih tempat keempat setelah tewas kepada Indonesia dalam penentuan sepakan penalti. Kini misi utama para pemain B-23 kebangsaan tertumpu kepada kempen Piala Asia B-23 di Uzbekistan.

Mengulas lanjut, Harith sedar bahawa beliau dan rakan-rakan di benteng pertahanan hakikatnya mengalami sedikit kelemahan dari sudut positioning. Namun beliau yakin para pemain sentiasa optimis untuk membaiki kelemahan yang sedia ada.

Advertisements

Harith menegaskan skuad kendalian Brad Maloney kali ini tidak mengalami masalah komunikasi. Para pemain sudah serasi dan mampu menjalankan tugas masing-masing dengan baik.

“Saya nak cakap kurang komunikasi pun tidak sebenarnya, bagi saya ia lebih kepada pertahanan punya positioning.”

“Komunikasi pada saya tiada masalah sangat kerana kami berkomunikasi dengan baik atas padang,” ujar Harith kepada Harian Metro.

Advertisements

Skuad kendalian Brad Maloney akan memulakan kempen Piala Asia B-23 bertemu pasukan Korea Selatan pada 2 Jun kelak diikuti Thailand pada 5 Jun dan perlawanan terakhir peringkat kumpulan, berdepan Vietnam pada 8 Jun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram