Harry Kane Dimalukan Penyokong Spurs
EPL
Instagram: @projectfootball
Advertisements

Penyerang berbisa Totenham Hotspurs, Harry Kane telah diejek ketika mengetuai barisan pemain menuju masuk ke Stadium Molineux dalam perlawanan kedua saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Wolverhampton Wanderers FC.

Dalam perlawanan tersebut, Totenham Hotspurs berjaya mendapatkan tiga mata penuh setelah jaringan tunggal Dele Alli mengesahkan kemenangan kedua buat pasukan yang berpangkalan di London itu.

Akan tetapi, perkara yang menjadi bualan ramai adalah berkaitan video kapten pasukan kelab itu yang diejek oleh para penyokongnya sendiri ketika bertandang ke stadium lawan. Video yang tular itu menunjukkan reaksi kurang senang para penyokong Spurs terhadap tingkah laku pemain yang berusia 27 tahun itu yang memaksa agar kelab itu menjualnya secepat mungkin.

Advertisements

Hal ini berikutan sikap tidak professional ditunjukkan Kane sebelum ini yang meminta untuk melepaskan beliau ke kelab lain. Ini juga menyebabkan rata-rata penyokong Spurs menganggap bahawa pemain tersebut sudah tawar hati untuk beraksi bersama kelab tersebut.

Menurut wartawan daripada Denmark, Andreas Korssund menyatakan bahawa Manchester City dijangka bakal melakukan bidaan terakhir untuk mendapatkan khidmat pemain ini.

Ini sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai perjalanan karier kapten pasukan England tersebut. Dengan jendela perpindahan masih lagi terbuka, situasi Harry Kane ini dijangka tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat melainkan setelah mendapat kata sepakat pemilik kelab Spurs, Daniel Levy.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram