Harry Kane Makin Buat Onar Setelah Manchester City Bawa Masuk Jack Grealish
EPL
Twitter @Priceless_Silva
Advertisements

Beberapa hari yang lalu, Harry Kane dilaporkan tidak menyertai sesi latihan Tottenham Hotspur sebagai tanda protes kerana keengganan Spurs melepaskan penyerang utama England tersebut kepada kelab kaya raya, Manchester City. Kini, Kane mohon lanjutkan cuti pula malah tidak turun ketika Spurs bertemu Chelsea.

Kane nyata tidak berpuas hati dengan keputusan Spurs kerana beliau menyatakan sebelum ini mempunyai gentleman’s agreement bersama pihak pengurusan Spurs. Malah Kane didenda kerana tidak hadir pada sesi latihan.

https://twitter.com/Priceless_Silva/status/1422986772980633606?s=19

Antara punca terbesar mengapa Kane ingin berpindah ke Manchester City adalah kerana beliau ingin memenangi trofi kejuaraan. Bersama Spurs, Kane masih belum memenangi apa-apa kejuaraan dan prestasi terbaik Spurs adalah ketika berjaya bermain di perlawanan akhir Liga Juara-juara 2019.

Advertisements

Kane kini sudah berusia 28 tahun dan memenangi trofi adalah keutamaan beliau dan Manchester City merupakan destinasi terbaik beliau dalam mencapai hasrat tersebut.

Malah Kane turut tidak menyertai skuad Tottenham ketika perlawanan persahabatan menentang Chelsea tempoh hari dan Sky Sport memaklumkan Kane telah memanjangkan tempoh cuti beliau dimana Kane bakal terlepas aksi pembukaan Premier League menentang Manchester City.

Desas desus perpindahan Kane ke City yang mampu menelan kos sekitar £120m semakin hampir apabila Manchester City telah selesai membawa masuk pemain dari Aston Villa, Jack Grealish. Ini kerana Jack Grealish dan Harry Kane merupakan pemain yang dikehendaki Pep Guardiola ketika ini.

Advertisements

Bertambah buruk, Harry Kane masih belum pernah bercakap dengan Nuno Espirito Santo sejak ketibaan Nuno sebagai pengurus baharu Spurs.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram