Harry Maguire Bakal Dilucutkan Jawatan Kapten Manchester United
Dunia
BR Football
Advertisements

Pemain pertahanan pasukan Manchester United, Harry Maguire dilaporkan bakal diluuctkan jawatan kapten pasukan susulan persembahan hambarnya pada musim ini.

Pertahanan pasukan kebangsaan England itu dikritik hebat setelah beliau dilihat menjadi punca kemerosotan prestasi The Red Devils yang kini terleposok di tangga ketujuh liga.

Hal ini telah membangkitkan kemarahan sebahagian besar penyokong yang mahu Manchester United mengambil tindakan tegas terhadap pemain tersebut.

Advertisements

Menurut satu laporan, mereka juga dilaporkan sudah membuat petisyen selepas melihat kelibat Maguire yang diayam-ayamkan ketika tewas tanpa maruah 4-0 ke atas Liverpool FC semalam.

Malah, beliau dikatakan menjadi punca kepada malam pesta gol pasukan bimbingan Jurgen Klopp apabila seringkali gagal menjaga posisinya dengan baik.

Hal ini juga telah pun dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan lawan yang ghairah mencetak gol menentang pasukan Ralf Ragnick itu.

Advertisements

Penyokong juga berang dengan tindakan kelab mendapatkan Maguire dengan tanda harga sebesar 80 juta Euro namun gagal memberikan impak yang sewajarnya.

Maguire yang dilantik menjadi kapten pasukan setelah penghijrahan kapten pasukan, Ashley Young dilihat tidak mampu beraksi dalam tekanan seperti ini.

United dilihat menghadapi situasi yang sangat sukar apabila terpaksa berhempas pulas sekiranya mahu menyalakan harapan untuk ke pentas UCL musim hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram