Dunia
England
Advertisements

Kapten Manchester United, Harry Maguire menjadi watak penting ketika membantu negaranya untuk mencuri satu mata ketika berdepan Itali semalam.

Pertahanan berusia 28 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan untuk bergandingan bersama pertahanan AC Milan, Fikayo Tomori.

Beliau jelas mempunyai ketenangan dan juga kemampuan untuk memimpin tembok pertahanan The Three Lions untuk membuat barisan serangan Itali buntu.

Advertisements

Maguire turut berjaya mengekang percubaan lawan apabila pintu gol England sekadar teruji dengan 3 percubaan tepat sepanjang 90 minit permainan.

Secara keseluruhannya, bekas pertahanan Leicester ini berada dalam kelas tersendiri apabila mencatat 3 kemenangan dalam pertarungan bola, 3 pengeluaran bola dari zon bahaya dan satu hadangan penting.

Malah, beliau juga telah melakukan 94 hantaran secara keseluruhannya dan berjaya mencatat ketepatan setinggi 87.4 peratus.

Advertisements

Dalam perlawanan ini juga, tiada seorang pun pemain terutamanya barisan serangan Itali berjaya melepasi kawalan Maguire yang cukup yakin mematahkan setiap cubaan ke arah gawang England.

Namun begitu, ia tetap tidak mengubah hakikat bahawa England kini terpelosok di tangga terbawah kumpulan 3 selepas hanya mengumpul 2 mata.

Harry Sofascore 1 Harry Maguire Tenang & Cemerlang Rantai Barisan Serangan Itali
Sofascore

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram