Harry Maguire Jaringkan Gol Bantu Scotland Bertemu England
Eropah
Reuters
Advertisements

Pemain pertahanan England, Harry Maguire terus menjadi mangsa kritikan atas persembahan yang kurang baik ketika menentang Scotland dalam aksi persahabatan antarabangsa yang diadakan awal pagi tadi.

England berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 3-1. Namun yang lebih menarik, gol yang terhasil buat Scotland adalah daripada jaringan sendiri Harry Maguire.

Harry Maguire hanya memerlukan 22 minit pada separuh masa kedua sebelum malamnya menjadi malang dengan menjaringkan gol sendiri pada minit ke-67.

Advertisements

Gol tersebut terhasil selepas Maguire cuba untuk mengeluarkan hantaran silang dari Andrew Robertson namun perkara sebaliknya berlaku apabila dia melencongkan bola ke gawangnya sendiri melepasi penjaga gol England, Aaron Ramsdale.

Gol sendiri Maguire itu memberikan sedikit harapan kepada Scotland untuk kembali bangkit, selepas Phil Foden dan Jude Bellingham menjaringkan gol pada separuh masa pertama.

Kebangkitan Scotland tersekat selepas peledak berbisa England, Harry Kane menjaringkan gol pada minit ke-81. Kedudukan 3-1 kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Advertisements

Harry Maguire mengalami musim yang suram bersama Manchester United sejak beberapa musim kebelakangan ini. Beliau baru-baru ini kehilangan lilitan kapten di Manchester United, dan lebih malang lagi dia hanya digunakan sebagai bek tengah pilihan keempat di bawah kendalian Erik Ten Hag.

Rangkuman perlawanan Scotland dan England.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram